Soalan Lazim

Apa itu KRIS Community?

KRIS Community ialah sebuah server roleplay bersistemkan francais pertama di Malaysia!

Apakah maksud KRIS?

KRIS membawa maksud "Kotak Roleplay Infinite Simulation"

Apa itu SMP bersistemkan francais?

SMP bersistemkan francais ni boleh dikatakan lebih kurang seperti kita melihat filem di pawagam.

-Kenapa lebih kurang? Sebab francais dalam filem ini bermaksud filem tersebut akan ada sambungannya selepas chapter 2, 3 dan seterusnya seperti francais Marvel atau DCEU.

Memandangkan SMP ini adalah bertemakan roleplay, dengan sistem francais ini roleplay akan dapat diteruskan ke musim akan datang jika watak tersebut masih disahkan hidup

Adakah kami dapat mencipta jalan cerita kami sendiri?

Pihak KRIS Community akan mencipta semua senario untuk setiap musim akan tetapi pentas adalah 100% milik anda! Bermaksud anda bebas membawa kemana sahaja roleplay ataupun keputusan anda!

Macam mana nak join KRIS Community?

Boleh lawati pautan server Discord rasmi kami di sini, dan ikuti segala prosedur yang telah ditetapkan! Semoga berjaya!